TBC Junior Sports Day 2018 @ Pantai Bagan Lalang

*Disclaimer: Faces are blurred to protect privacy.

Sabtu lepas, kami sekeluarga ke Pantai Bagan Lalang untuk hari sukan tadika anak saya yang sulung, Haifa. Meriah juga sebab tadika anak saya, TBC Junior ada banyak cawangan. Jadi memang ada wajah-wajah yang tak biasa tengok tapi semua orang sporting je demi anak-anak.

Rasanya tak lengkap hari sukan tanpa ada rumah sukan kan? Haifa terpilih untuk masuk rumah biru yang dinamakan rumah Shark Do Do. Seminggu sebelum hari sukan, teacher dan ibu bapa memang sibuk membuat persediaan seperti buat sepanduk, tempah baju sukan, reka costume dan macam-macam lagilah. Cuma saya tak dapat nak bantu sangat disebabkan kekangan kerja.

Pada hari kejadian, jam 8.30 pagi kami dah tercongok di Pantai Bagan Lalang. Ibu bapa dan kawan-kawan Haifa ada yang masih belum tiba dan ada juga yang dah ambil port masing-masing melayan angin pantai. Tak lama lepas tu, baju yang ditempah pun sampai jadi saya minta hubby bawakan Haifa ke kereta untuk tukar baju.

Sementara menunggu, saya pula bawa Hana jalan-jalan di pesisir pantai. Cuaca nyaman dan agak redup, seronoklah dia berlari ke sana sini tapi yang peliknya tak mahu pula dia main pasir. Merenung sahaja apa yang dibuat oleh kawan-kawan. Kalau si Haifa... dah selamat bersila lah jawapnya.

Anak tengok orang main, mak tengok AVANI Sepang Gold Coast Resort 😅
Tak lama lepas tu, hari sukan bermula dan macam biasa kenalah berbaris ikut rumah sukan. Yang mak-mak pun berbaris sama untuk beri sokongan moral (haha). Tapi bagus juga berbaris sebab dekat dengan anak dan bolehlah snap gambar banyak sikit.

Anak saya, agaknya kerana dia tinggi daripada kawan seusia, dipakaikan maskot shark. Kelakar juga tengok wajah dia lepas pakai costume tapi puji jugalah sikit-sikit supaya dia tak rasa malu.

Anak orang lain pakai kasut sukan, anak kita pakai selipar je. Lupa punya pasal. 
Memang meriah sungguh costume yang disediakan, rumah sukan lain pun tak kurang hebatnya. Berbaloi sungguh penat jerih teachers dan ibu bapa yang sama-sama bantu membantu menyediakan segalanya. Bila tengok anak-anak enjoy, kita pun rasa gembira. Terima kasih semua!

Selepas ucapan aluan daripada pengasas TBC Junior, Teacher Diana, bermulalah acara persembahan oleh anak-anak. Seperti yang dijangka, rumah Shark Do Do kenalah perform lagu Shark Do Do kan? Hehe.

Sebelum persembahan bermula. Tak tahulah kenapa Haifa nampak macam lost sahaja. Huhu.

Ada juga sesi menari dengan teachers. Barulah nampak aktif sikit.
Acara seterusnya adalah makan-makan haha taklah! Tiba masa anak-anak bersukan! Disebabkan ada banyak kategori jadinya saya tarik Haifa dulu untuk sarapan sambil saya pun melantak sama. Banyak betul makanan yang ada, dari nasi lemak, sate, mee goreng sehinggalah ke air sirap kegemaran ramai. Desert pun banyak sekali, maklumlah jamuan hari sukan ni kita buat secara potluck. Macam-macam jenis ada, makanlah sampai kenyang. Saya sendiri pun bawa almond congo bar, harapnya sedaplah untuk dimakan. 

Tiba turn Haifa bersukan, terlupa pula nak bawa handphone! Terlepas momen-momen menarik untuk dirakamkan. Jawabnya rakam dalam memori sajalah. Hubby pun duduk agak jauh dari kawasan sukaneka diadakan sebab saya minta duduk di kawasan redup memandangkan dia yang jaga Hana. Risau juga kalau si kecil tu berpanas, takut demam.

Sempat juga saya dan hubby bergilir temankan Haifa main sebelum Hana mula meragam. Biasalah budak kecil, manalah tahu acara dah habis ke belum. Kesian pun kesian juga sebab dia belum menyusu dan kepanasan. Terpaksalah kami balik lebih awal daripada orang lain. 

Upah aiskrim nak bagi tak cranky.
All in all. Hari sukan kali ni memang enjoy. Walaupun berpanas renang sebab angin pun tak berapa nak ada, yang penting Haifa gembira. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan TBC Junior dan juga ibu bapa yang cukup sporting melayan karenah anak masing-masing dan anak orang lain.

Sampai jumpa lagi.

No comments:

Do jot down your opinion! ^^

Feel free to use any information or images you found in this blog but do credit properly! Thank you. Powered by Blogger.